Thursday 15 December 2011

Hidup dengan Forever .



Forever . Atau selama-lamanya . Nak lagi kuat , Forever and ever and ever and ever . Kenapa 'forever' ?
Sebab perkataan itu cukup gah untuk menjanjikan satu-satu hal itu tampak kuat dan teguh tanpa sebarang syak wasangka lagi . Menjamin sesuatu hubungan atau situasi yang abadi dan bakal berkekalan . Jadi, tidaklah pelik bila antara kita termasuk aku gemar mengungkap 'forever' dalam sesuatu bicara .

" Oh Peah , kaulah kawan aku dunia akhirat ! Best Friend Forever yarh ! "

" Oh LeeMinHo , I love you forever , muaaaaaahhh ! "

Kau kena tahu , manusia berubah . Tak semua manusia sama . Tak semua kawan kau sama . Tak semua kawan kau ingat kau . Pendek kata , tak semua kawan kau spesis 'FOREVER' . Berapa kerat yang dah berkurun-kurun kau tak jumpa , yang kau macam rindu gila dekat dia macam nak tercabut nyawa , malam-malam asyik sebut nama dia , tengok gambar-gambar lama , dok senyum sorang- sorang macam orang gila ,
tiba - tiba satu hari kau terjumpa dia lantas kau senyum !

Dia ? Pandang pun nak tak nak . Nak senyum apatah lagi  . Nak cakap 'Hye' memang jauh sekali.  Mana janji-janji 'forever' kau ?  Lantas dalam hati laju-laju sumpah-seranah , " Heyyyyy , kau boleh belaaaahhh sekarang dari hidup aku laa wehhh ! " 


Terkilan . Dulu 'forever' , sekarang 'get over' .

Tak dinafikan , kebanyakkan tulisan aku dalam diari juga , banyak memuatkan perihal-perihal 'forever' . Entah dulu agak bodoh barangkali , semua orang yang aku rapat sikit , orang yang aku suka sikit , cepat sahaja mengambil langkah meng 'forever' kan hubungan . Dasar budak kecil .

Tapi  kini aku lebih dewasa ! Aku percaya , dewasa itu mematangkan kita . Memang lumrah manusia , nak kekal sampai bila-bila sedangkan tahu ,  dunia ini pun sementara .



P/S : GirlsNine , harap ' Forever' kita tak terkubur tinggalkan nama je lepas ni . Aku sayang  
        hubungan kita  yang ni  ;)