Friday, 13 January 2012

Hari hari .



Masih di awal bulan buat 2012 . Dan .. aku masih disini , tak berganjak ke mana-mana pung . Perkembangan terbaharu ? Tiada . Tiada apa yang baharu . Tiada apa yang berkembang . Badan yang semakin berkembang mungkin . Sadis betul .

Sedia maklum dengan perkembangan rakan - rakan sebaya di luar , cemburu . Masing - masing sudah berjaya menembus pasaran kerja di luar . Mungkin tidak sampai separuh dari kami yang masih terumbang - ambing tidak berhala tuju . Niat untuk bekerja sudah ada , syarat - syarat sah yang lain juga turut lengkap , tinggal mengangkat badan untuk mengerjakan . Malas ? Barangkali ya , tapi penyakit bodoh itu harus diterajangkan . Bukan untuk diperagungkan lagi . Dan .. aku berkehendakkan wang . Ya , sudah tiba masanya untuk merasa habuan hasil usaha linangan peluh sendiri -,-         .. tapi entah bila . 

Aku kini sedang menunggu lesen L untuk siap . Mungkin hujung minggu ni . Alhamdulillah , walaupun baru L , tidak sekali - kali aku bangga . Tekan clutch masih terkial - kial . Suruh tekan brek cepat , aku gabra terus tekan minyak . Cikgu dah cakap , kalau tekan clutch jangan tekan minyak . Aku ? Buat jugak . Hewhew -,-
Naik bukit macam dah okay , turun bukit lagii okayy . Haha . Parking ? Sorry , I'm failed . Langgar satu tiang punya pasal . Apa pasal letak tiang sikit punya banyak kat situ ? Hey , rumah saya takde tiang . Nak pinjam setiang dua boleh ?   * Pengarah JPJ pun bagi penampar free -,- ''


Titilah hari - harimu dengan senyuman .




P/S : Aku ketandusan idea . Hari ni saya buat entry merapu saya ye , bro/sis ! Chill !