Thursday 23 February 2012

Catatan #2


Pagi semalam .
Sedang aku bosan menunggu sendiri di atas batu , tepi tangga depan pintu utama . Perlahan - perlahan dia melangkah mendekati aku . Lantas menempatkan duduknya di sisi kiri aku .

' kan saya dah kata . Ingat niat kita sebelum nak buat apa - apa . '
' saya dah cuba ingat dah . Tapi lepas kena marah , terus lupa apa nak buat . '
' cuba fokus . Jangan asyik lupa daratan . kalau tak , cuma sekadar di pinggiran '
' haha . tak habis - habis dengan pinggiran . .... '
' hahahaha . '

***
' ingat apa saya cakap .'
'ye ye ye . ' 

Lebih sebulan aku mengenali dia . Dia garang tapi baik . Dia kelakar tapi romantik ( haha ) . Sepanjang perkenalan kami , aku berasa selesa . Selesa dengan caranya , selesa dengan tingkahnya yang gila - gila , selesa dengan pertuturannya yang selamber walau ada kalanya menyakitkan juga jiwa . Haha tapi tidak mengapa , aku okay - okay saja . Benar , aku pasti bakal merindui dia . 

Hari ini .
Gusar di hati kembali temani diri . Okay , aku cuba tenangkan diri . Aku imbas kembali apa - apa yang diingati . Harap semuanya melekat seketat - ketat kali ini . Liarkan mata mencari - cari dia . Dengan harapan kalau nampak dia , konon boleh dapat semangat lebih . Tapi hampa yang aku jumpa , batang hidung pun aku tak nampak . 

**

Selesai sudah . Aku kembali menjenguk kepala mencari kelibat dia . Aku mahu ketawa sambil menunjukkan kertas yang ditanda oleh si abang - abang JPJ hensem yang tertanda LULUS , LULUS dan LULUS kepada dia  . Wahai cikgu , kau di mana ? aku mahu jumpa


Satu rasa untuk hari ini , alhamdulillah :)