Saturday 5 May 2012

Entah.


Untuk sesetengah situasi, aku berasa banyak salah silap aku disitu. Mungkin aku tak patut mulakan. Mungkin juga aku tak patut akhirkan. Dan aku tidak pernah menidakkan kesalahan aku itu. Mahu diputarkan semula waktu untuk ke belakang, sangat tidak masuk akal. Hidup kita bukan cerita dongeng, bukan cerita tipuan semata-mata; boleh senang-senang pulang ke masa silam, boleh suka-suka menjengah masa di hadapan.

Itu hakikat yang pasti, realiti yang dihadapi.

Manusia tidak pernah sempurna sama sekali. Kerana itu aku turut tergolong sekali. Join sekaki. Sekarang rasa macam nak minta maaf. I'm done so why don't you ?