Wednesday, 23 May 2012

Melewati sisa.



Teeettt. Teeettt.

Ada mesej masuk.

Tersenyum sekilas melihat nama si pengirim. Tapi senyum aku kali ni, tak macam dulu-dulu. Sudah lama tawar dimamah waktu. Mungkin dia je yang tak tahu. Atau buat-buat tak tahu. 


" Awak."


Sudah menjadi kebiasaan barangkali buat dia, mulakan dengan ayat yang satu itu. Konon ayat standard untuk mulakan apa-apa bicara buat aku. Hmmm, sebelum-sebelum ini pantas saja aku memicit abjad-abjad tertera di skrin sebagai balasan, kali ini jemari aku kaku. Macam-macam berligar dalam kepala.

Teringat kata seorang teman baik aku petang semalam. Haha, rasa nak gelak pula. Kawan sayang, yang benarnya, aku kini dalam proses pembuangan rasa. Tolong, jangan sebut-sebut dia lagi ?

Tatap kembali mesej di skrin. Taip taip, delete. Taip taip, delete. Apa yang hendak aku responkan ?

Baling handphone atas katil. Berdiri buka tingkap, selak langsir. Gelap, dingin.

Mendongak pura-pura cari bintang. Termenung.