Saturday 7 July 2012

Garisan senyum.





Kekuatan untuk senantiasa gagah berdiri bertapak di bumi nyata penuh ranjau dan duri yang menyucuk-nyucuk segala bagai urat sendi adalah ; teman-teman.

Atau sahabat. Kawan-kawan, rakan-rakan mahupun sayang-sayang, darling-darling apatah lagi baby-baby sekalian.

Mengenang yang duhulu, tidak serupa dengan yang baharu mungkin. Tidak adil barangkali mahu membanding-bandingkan yang lama dengan yang baru. Yang lama masih tetap beraja dihati, yang baharu pasti bakal mengisi ruang-ruang kosong di hati yang pastinya tak akan pernah terkunci untuk manusia bergelar sahabat.

Dalam perjalanan menuju puncak cita-cita;  aku perlukan mereka. Walau jalannya makin sempit makin berliku, itu pasti. Setakat ini, masih bisa bernafas walau terkadang tersekat dek masa yang tersangat minima rasanya. Masih dalam proses membiasakan jiwa dan hati; mengumpul elemen-elemen kekuatan dan mengukir garis-garis senyuman dalam mengisi hari-hari yang mendatang.

' Kau sehari tak buat aku gelak, itu bukan kau.'
' Kitaorang tak tahulah kalau tak ada kau macam mana ..'
' You make my day, Syira.'

Bukan mahu berbangga orang tak boleh hidup tanpa aku, tapi hendak berterima kasih sebab boleh terima aku yang sekurang-kurangnya ini. Sudah aku katakan, aku sangat gemarkan ketawa dan mengusik orang adalah tabiat favurit aku sejak berkurun yang mustahil untuk dikikis. Memang kelihatan sangat kebudak-budakkan sampai budak lelaki tegur 'tak matured' haha tapi lantak pi lah yelah nak buat cemana lagi kan ? Hihi. Diorang jealous sebab budak lelaki matriks semua dah macam bapak orang haha kbai.