Saturday 28 July 2012

Tentang bahagia.

Jika benar hati ini tiada pemiliknya,
Pasrah adalah
pilihan yang termampu.


Sayangnya,
aku takut
untuk berasa perasaan terkecewa
sekali lagi
di samping
sekelumit rasa bahagia
itu ada
di saat ini.


Harapan,
jangan kau pimpin tangan aku bersama kamu
aku khuatir
kau akan bawa aku ke
ruang bahagia.
Bahagia yang disebaliknya
terkandung sengsara
bahagia yang tiada jaminan
tarikh luputnya.

adalah sesuatu yang maha sakit
apabila mengharap wujudnya bahagia itu
yang takut aku jangkakan
bahawa penyudah cerita kita
hanya

tiada bahagia.


Beginilah.


Andai sudah ditakdirkan,
usah dikhuatirkan masanya
tunggu,
ia pasti akan tiba.