Thursday 7 February 2013

158.


1.27 am.

Biasanya aku sudah diulit mimpi tika ini. Tapi malam ini, tidak pula.

Kepala buntu mengisi program kemasukan universiti atas talian ni. Berjenis-jenis dilema yang datang. Kalau boleh nak yang dekat-dekat je, seiring dengan kos idaman hati. Tapi bila fikir, alamak cukup ke pointer kau nak tampung kos-kos kritikal idaman hati kau itu ? Kang dia bagi kau kos tah-pape jauh kat sabah-sarawak tu kang ?  Tak ke masak aku.


Mematungkan diri mengadap skrin. Naik pedih pulak biji mata.


Scroll down lagi. Bukan 8 jurusan yang perlu dipenuhkan, tapi 12. Apa nak isi weh ? Rasa tidak yakin itu kian membelenggu. Ah, bikin pusing. Tinggal dulu lah.


--- ada mesej masuk.

" Syi, research kita apa cerita? Kita sambung naik cuti ni sempat kan? Aku nak manfaatkan masa cuti aku semanfaatnya, wkwkwkwk. "



Dah kau macamtu, apatah lagi aku. Wahaha. This kind of research thingy seems not helping us pun, madam?
Ini menambahkan stress. Patutnya, aku buat reseach berkaitan strees. Bukannya that kind of eating habits, broken home yang erghhh!


Mata dah layu. Kuyu.