Saturday 23 February 2013

Melankolik.



Petang. Langit seakan melambangkan jiwa yang melankolik. Hendak hujan barangkali, fikirku. Hanya kedengaran hentak papan kekunci dan mainan lagu berentak perlahan yang aku pasang dari playlist favurit aku. Membawa perasaan jauh dari sekitar kongkongan hostel. Jauh aku terbangkan ia dengan satu hasrat; supaya ia sampai ke salah satu syurga yang kita panggil-panggilkan; rumah.

" There is no place like home." Ya, aku rindu rumah.

Asalnya tadi, aku sedang membaca. Istilah-istilah biologi buat aku rasa nak hentak kepala dengan tujuh buah buku Campbell yang satunya bertebalkan dua buah buku biologi biasa terbitan cap ayam. Banyak hal yang aku perlu selesaikan minggu ini. Video dokumentari biologi belum aku sentuh. Product promotion lagi satu hal. Research yang tak habis-habis kerenah. Minggu ni je ada dua kuiz aku perlu hadap.

" Duduk matriks kan boleh jadi gila ." Teringat aku kata-kata seorang suatu tika dulu. Lama aku tak berhubung dengan dia. Bukan 'lost' contact, cuma 'tak perlu' contact dah kot.

Mungkin aku patut bersiar-siar mengambil udara diluar seorang diri bertemankan siulan burung-burung. Menikmati aiskrim Cornetto dan duduk menyilang kaki di bangku bawah pokok sambil membaca buku sastera klasik, berpura-pura menjadi orang asing. Untung-untung jika ada yang mahu menegur , " Hai awak, sorang je? ". Ayat klise tapi mana tahu kan, dari mata turun ke hati. Muehehehehe, gelak kecil. Amboi, mengadanya kau.

" Tulaah, aku nak kenalkan kau dengan kawan aku tu kau tak nak. Jual mahal konon. "

Ayat pedih sang sahabat aku seorang ini. Aku dah berkali-kali kata kepada dia dimana aku tak mahu kisah cinta aku bermula dengan orang tengah. Bukan aku kurang percaya, cuma aku tak biasa kerna ini bukanlah cara aku. Tidak salah aku katakan, yang aku mengidamkan perkenalan tanpa perancangan dimana semuanya bermula seperti insiden dalam drama-drama swasta tu. Konon-konon, tertembung di librari -- buku aku jatuh-- kertas terbang-terbang-- dia tolong kutipkan-- tertukar buku dengan dia-- jumpa esok nak pulang buku kat dia-- dia dah tunggu kat libarari-- bagi buku masing-masing-- dia ajak keluar makan-- blablabla.

Muahahaha, gelak besar. Ops.



Langit senja. Mungkin aku patut berhenti berangan yang bukan-bukan. Melihat telekung dan sejadah di sisi. Apa-apa pun, utamakan yang Maha Kuasa dulu. Kau takkan dapat dan kau takkan kemana-mana tanpa Dia.