Tuesday 13 August 2013

Cukup seminggu.

Assalammualaikum.

Raya kali ini, entah. Nak kata lebih meriah dari tahun lepas, tak.
Cuma biasa-biasa saja. Tak kurang dan lebih meriahnya, seperti tahun-tahun dahulu juga.

Apa yang agak baru bagi aku dengan keluarga,
adalah hari pertama raya tahun ini, selepas bersalam-salaman,
kami terus menziarahi kubur.
kedua-dua orang nenek yang meninggal awal tahun ini dan seorang bapa saudara pada tahun lepas.

Al-Fatihah buat roh mereka.

Aku dan seluruh keluarga termasuk sepupu-sepapat beraya disini.
Balik kampung rasa macam dah tak ada feel sangat, tak ada siapa.
Raya kedua baru kami buat baraan ke kampung dengan tujuh buah kereta,
marathon dari pagi sampai malam.
sampai ada yang sakit-sakit perut berhenti tengah jalan.

Duit raya?
Haha siapa yang nak kasi aku lagi kot?
emmm ada lah empat lima orang.
dapat lah dalam lima puluh hinggit hahah
yang tak boleh bla, budak-budak balik mintak kat aku.

Hamboi memasingzzz .
tunggu lah makcik sedara korang ni kahwin dengan anak tan sri dulu hoi.
berpuluh sampul aku tabur kat korang.
sampul jela pun hikz.


Apa-apa pun, selamat berhari raya.