Monday 10 March 2014

Momen 2.

Aku mahu mengucapkan syukur.
atas pertemuan kali terakhir kita itu.

Terasa cukup untuk semua tanda tanya.

Apa-apa kebarangkalian kita selepas ini,
susahnya kita tiada jaminan.

Cuma mahu menitip pesanan,
simpan aku dalam doa kamu.

Jangan simpan aku dalam hati,
kerna hati itu sifatnya berbolak-balik.


" Cukup,
dengan kuasa doa. "

Sepertimana yang kamu juga pesan.