Thursday 21 August 2014

Entri cincai. #makbedah

Eh, nak tanya sikit.
korang yang baca blog aku ni mesti pikir aku ni seorang yang sentiasa heart-broken kan.
hahahahaha.

yelah, ada seorang rakan aku tegur,
asal baca blog kau je mesti macam kau tengah putus cinta,
cinta tak kesampaian, cinta syok sendiri takpun orang yang tengah ketagih bercinta.

Hahahahahaha.
Okay, bila aku belek balik entri blog aku ni hmmm,
kalau aku baca pun, mesti pikir cammm,
' eh dia ni asyik pasal heart-broke cinta je dah kenapaaaaa omaigaddddd puhlissss laaa '
*campak laptop kelaut.

hahahahah okay.
ni nak bagitau ni,
first of all, sebenarnya, tak semua entri yang aku tulis tu berkait dengan diri aku sendiri,
sikit sangat entri pasal aku sebenarnya kihkih.
yang banyaknya, pasal manusia sekeliling.
Ya, rata-rata dari rakan sebaya sekeliling, universiti terutamanya.
sebab. sebab aku suka perhati tingkah mereka, dengar cerita mereka.
so kadang-kadang aku dapat ilham nak menulis.

kenapa banyak pasal cinta, heart-broke bagai?
sebab kawan-kawan aku ni banyak cerita pasal tu je, diorang ni memang kahkahkhakah.
kalau pasal aku,
kisah aku bahagia je hahahahahah.

jadi minta maaf lah kepada sesiapa yang kurang gemar baca ayat-ayat karat blog ni,
dan jangan ingat aku asyik pikir pasal cinta tak kesampaian je hari-hari okay,
yang sebenarnya, aku suka tulis pasal orang lain, dan aku suka penulisan yang agak deep,
jarang aku nak buat entri cincai macam sekarang ni hahahaha,
ni nak bagi semua orang paham nak baca tak payah nak berkias mak jemah bagai.



tu je nak membebel, penatlah aku huh babai mak jemah munah sekalian.


yang ikhlas yang lagi terharu sebab bebel sorang-sorang macam lah ada orang yg baca blog dia,
mak bedah.