Thursday 24 October 2013

Sekali ini.

Ya Tuhan,
apakah rasa ini?
yang Engkau detikkan sekali lagi buat aku.

Aku tak mahu mengulangi rasa yang sama lagi dan lagi.
Mohon Kau kurniakanlah petunjuk,
dan jalan yang betul buat kami.

Andai rasa aku ini benar,
andai langkah dia itu betul.
maka jagakanlah hati dia untukku, jagakanlah hati aku untuk dia.

Namun,
Andai apa saja rasa naif yang memutik antara kami ini adalah salah,
maka Kau luputkanlah rasa ini dari hati kami.


Sesungguhnya aku tak mahu lari dari nikmat-Mu,
tak mahu berkasih tanpa rahmat dari-Mu,
apatah lagi mahu tersasar jauh dari landasan-Mu.



Aku letakkan segala pergantungan pada-Mu, Ya Rabb.