Entri pertama di tahun baru.
Lama betul aku tidak menulis.
Lama betul aku tidak menulis.
Rasa jari macam kaku. Kaku betul.
Since aku dah macam orang hilang ingatan,
since aku asyik menyibukkan diri dengan hal universiti,
since aku pejam celik pejam celik dah habis satu semester,
since aku banyak mengabaikan banyak benda personal,
since aku selalu tak sedar yang sekarang dah 2014,
since banyak benda yang datang dalam hidup 2013 aku,
dan banyak benda juga hilang daripada aku,
juga 2013 menjadi saksi.
Dan sebenar-sebenarnya., aku banyak lagi berhutang dengan dua-kosong-satu-tiga itu.
Aku tak lepaskannya dengan senang hati kerna terlalu banyak perkara yang masih belum aku settlekan.
Kadang-kadang sampai aku rasa, aku tak patut jebakkan diri ke satu lembah yang namanya 'kesibukan.'
" Jangan manjakan diri dengan duniawi sangat.",
pesan dia paling wajib ingat, walau agak sinis bunyinya tapi aku tahu kata dia itu betul,
sentiasa ada untuk jadi semangat aku.
Aku tak menyalahkan 2013. Itu kan cuma tahun.
Takde salah apanya dia dekat aku.
Cuma 2013 mungkin satu permulaan yang buat aku lebih dekat dengan realiti.
Hidup yang benar-benar realiti, bukan realiti masa kita main kejar-kejar dekat sekolah dulu,
tapi satu perkara real yang kau rasa tak akan pernah berlaku langsung sepanjang kau hidup.
Hal yang dulu kau anggap remeh, kecil sebesar kuman, tiba-tiba jadi besar,
merebak dengan serius.
Hal yang buat kau bahagia pula, tengah-tengah nak kecap bahagia tu, tiba-tiba kau dapat berita yang bahagia tu bakal hilang depan mata kau pula?
How sad.
Bukan aku salahkan takdir.
Hidup kalau nak semua senang-lenang bukan hidup lah namanya.
Pandang satu-satu musibah tu, sebagai dugaan --bukan balasan.
itu yang aku cuba hadamkan.
Umur pun sudah menginjak ke awal dua puluhan.
Ini semua berkaitan masa.
Hitung-hitung, kira-kira, berapa lama lagi kita dekat dunia?
Hidup kalau nak semua senang-lenang bukan hidup lah namanya.
Pandang satu-satu musibah tu, sebagai dugaan --bukan balasan.
itu yang aku cuba hadamkan.
Umur pun sudah menginjak ke awal dua puluhan.
Ini semua berkaitan masa.
Hitung-hitung, kira-kira, berapa lama lagi kita dekat dunia?