Friday 18 March 2011

Hujan. atau lebih glamour , RAIN .

Dia turun dengan agak lebat. seperti sekarang. ahhh , syokk nyaa !
Hujan. entah kenapa aku suka sangat dengan hujan. jatuh cinta ! haha :D
bukan NOH hujan . bukan juga RAIN bi

hujan betul la derr .. ,
dia berjaya mencuri hati aku hanya dengan titikan  titikan air daripada langit yang kadangkala begitu deras jatuh membasahi bumi  dan kadangkala cukup sekadar rintik rintik sahaja. 

( eh , saya bukan budak SASTERA laa ! )

ala . aku tak pandai nak buat ayat gramatis gramatis , guna personafikasi la, metabola la , eh.
metabola ? macam pelik. bukan metafora ? ke hiperbola ? kan ? cakaplah ye . HAHA .
yang penting cuti seminggu , memang TAK laa nak ulangkaji KOMSAS kan . errrr?


apa tadi ? ya. aku suka bila hujan turun. kenapa ? entah. tak dapat bagi jawapan yang tepat. mungkin disebabkan suasana nya. yelah, sejuk dan rasa nyaman je. tabiat (habit la kan) aku kat rumah, bila hujan turun , aku tak pegi membuta ( tido lah kan) . aku mesti duduk kat tingkap. walaupun takde benda pun nak tengok , just air air hujan tu jelah kan,  tapi bagi aku , rasa dia sangat tenang. rasa macam hilang segala masalah. suka sangat bila tengok pokok, tanah , kene air hujan.
 macam mana kalau kilat sabung -menyabung ? duduk kat tingkap jugak ? perghh. aku tak lah banyak sangat ibadah lagi kan. haha. kalau kilat, taklah duduk tayang muka kat situ . aduhai.

sudirman kata : hujan yang turun bagaikan mutiara :)


lagi best kalau tengok budak budak main hujan. teringat zaman kanak kanak dulu. hihi.
dulu masa kecik, bila nak balik sekolah time hujan , sementara tunggu ibu datang ambik kat sekolah ,  mesti main lari lari dalam hujan dengan kawan kawan. haha. kadang kadang tuh , tak sempat mak aku datang ambik , aku dah  sampai rumah dulu dengan basahnya. haha. tak kurang hebat jugak aku. ingat budak lelaki je boleh nakal macam tu  ? HAHA .

aku taklah sampai minum air hujan , 


apalah point aku nak cerita neh sebenarnya ? bosan betul lah cerita kau. 
k, lah, byebye.