Sunday 3 April 2011

Dia .

Dia sangat kuat. Dia sangat tabah.

tapi, aku tahu, dia sangat lemah ketika itu. dia perlukan semangat. dia perlukan seseorang yang boleh memberi dia semangat.  dia perlukan keluarga dan dia perlukan kami.
dan, aku tahu, dia juga perlukan aku .

aku minta maaf. aku tak dapat nak bersama dengan kau sewaktu kau perlukan aku. 
tidak bermaksud aku tak ambil berat. kau kawan baik aku. aku sayang kau.
alhamdulillah, sahabat kita bukan satu. ternyata kalau tiada aku, masih ada yang lain. 
terima kasih ya. 

petang itu, bertemu dengan dia sangat sekejap. 
selepas bersalaman, dia terus memeluk aku dengan erat. agak lama berbanding yang lain. 
mana mungkin air mata boleh ditahan ? mata aku sudah berair dan terus berjurai basah di pipi.
 orang ramai hanya melihat dan pasti turut merasakan rasa yang sama.

" sabar , sabar , sabar. " 
itu yang terpacul keluar dari mulut aku. diselangi dengan esakan dia , aku dan yang lain.
 dia hanya diam sambil mengelap airmatanya. 

dia duduk dengan kami. aku mendekati dia. 
aku faham perasaan dia. aku tahu yang dia sangat tabah. aku cuba bercakap cakap dengan dia. sesekali, dia tersenyum dan ketawa kecil. masih melayan kami seperti biasa seadanya dia.

sekejap sahaja. kemudian dia dipanggil untuk melihat wajah seseorang yang amat dia cintai buat kali yang terakhir.
seorang insan yang bernama  IBU !

kami hanya memerhati dari jauh. 
ya Allah, nak nangis neh .
bayangkan ibu kita pergi meninggalkan kita . bagaimana nanti ? 
aku mungkin tak setabah dia. namun, aku tahu, suatu hari nanti pasti akan tiba jua saat2 itu!
cuma takdir yang akan menentukan masanya . 
ya, aku juga harus tabah dan cekal . 


Ya. sesungguhnya  Allah lebih sayangkan ibunya. kita hanya mampu berdoa.
doa seorang anak itu penting buat bekalan ibubapa. 
kuatkan semangat ! 

aliah, suka-duka kita sama :)