Sambil layan lagu Faizal Tahir, KARMA , terfikir lah pulak apa itu karma ? Apa benda karma neh? Hmm sebelum selalu jugak dengar perkataan karma ni tapi entah tak pernah nak kaji selidik sangat makna dia yang sebetul-betulnya. Masa mula mula dengar perkataan karma ni , aku ingatkan something yang related dengan hantu. Maksud aku benda benda yang mistik ataupun benda tahyul macam tulaa. Sebab dengar word dia pun macam seram je. K.A.R.M.A. haha, kan ? Mungkin aku je kot yang pikir seram , orang lain okay jer. Erk. Whatever.
Dengan bantuan google kesayangan, terjumpalah satu blog yang ada cerita pasal Karma ni. Mengikut apa yang aku faham , perkataan karma itu sendiri berasal dari perkataan Buddha yang menjelaskan tindakan kita dari segi perbuatan atau pemikiran mahupun ucapan dengan niat yang baik mahupun buruk yang pasti akan menerima balasannya kelak.
Karma jika diperluaskan penggunaannya merupakan suatu kejadian di mana setiap perbuatan kita yang bertujuan baik mahupun jahat akan beroleh hasil yang setimpal dengan apa yang dibuat. Senang cerita, "buat baik di balas baik, buat jahat di balas jahat". Ada pula mengatakan wujudnya hukum karma dalam kehidupan manusia. Dari mana datangnya hukum ini? Adakah ia satu hukum ciptaan manusia atau sebaliknya? Bagi saya (bukanlah seorang alim yang mendalami ilmu agama, bukan juga cendikiawan yang menelaah setiap baris ayat), karma dalam kehidupan muslim seperti saya hanyalah satu perkataan yang dipinjam atau dicedok dari sumber lain yang menerangkan maksud yang sama iaitu setiap perbuatan kita di muka bumi Allah ini akan mendapat balasan yang setimpal dengannya.
Maka, bolehkah kita percaya pada hukum karma? mm..saya ubah, bolehkah kita percaya adanya karma? saya lebih suka gunakan ia tanpa hukum, sebab bagi saya ia bukan hukum tapi ia merupakan peraturan hidup. Kita selalu lihat karma dijadikan kisah-kisah berbentuk teladan dalam penceritaan orang-orang lama. Contohnya Kisah Si Tanggang; menceritakan tentang sikap si anak yang menderhaka kepada ibu kandungnya sendiri dan akhirnya malapetaka yang menimpa dirinya akibat perbuatan derhakanya, ibunya berdoa dan memohon kepada tuhan moga anaknya mendapat balasan yg setimpal dengan perbuatannya dan Si Tanggang akhirnya bertukar menjadi batu. Moralnya..? mm...orang jahat akan mendapat balasan yang tak baik..Cerita apa lagi ek? haa..Cerita bawang merah bawang puteh; mengenai kisah adik beradik tiri, seorang yang berkelakuan baik, seorang lagi jahat. Akhir cerita yang baik akan menerima balasan yang baik, dan yang jahat pula menerima balasan yang jahat. Masih sama, ia berkisar tentang peraturan hidup.
So, lebih kurang macam ,
- what goes around , comes around ?
- what you give , you will get it back ?
Is it ? Entah. Masih keliru.