Wednesday 28 December 2011

Tirai penutup 2011 .




aku nak kawinnnnnn :P


























photos by Aliah Shaidin & me,
editing by me .



Memori ini aku ingin pahatkan kuat-kuat dalam kotak ingatan . Tiga hari yang singkat , masih mampu mencoret sejuta kenangan dengan pelbagai variasi rasa . Pengalaman ke tempat orang bertemankan sahabat-sahabat tercinta tanpa ibu dan ayah tersayang , ianya pertama kali bagi aku . Pertama kali berpisah dengan mereka , dek ikutkan kata hati yang agaknya sangat teruja mahu menyaksikan secara live perkahwinan guru kelas kesayangan , Pn. Noorazimah dan suami , bersama teman-teman sekelas ke Alor Setar, Kedah Darul Aman .


Bertemankan Puan Rodziah dan Encik Abdul Razak sebagai pengurus , pengelola , pengemudi , pembelanja makan , pembawa pegi jalan-jalan , pemilik kenderaan Starex yang memuatkan kami pergi dan balik ,
 errrrr , pem apa lagi ya ? Semualah , haha . Maaf andai ada yang kelupaan di sini . Cuma , hanya jutaan terima kasih yang kami mampu berikan buat anda berdua . Semoga sentiasa dimurahkan rezeki buat kalian . Perfect match ♥  hihi .
* BahijBisyriAudi , #silasuruhparentsandabacablogsayasekarang #    HAHA .


Turut membahagiakan kami , homestay yang sangat best dan cukup cantik untuk membuatkan kami berat hati untuk keluar . Haha . Ikutkan hati , nak jer stay lama lagi kan,  hihi . Dua malam di sana , kami luangkan dengan gelak ketawa . Bila orang perempuan dah kumpul duduk satu rumah , pelbagai versi cerita yang wajib dikongsikan bukan ?  Gelak ketawa belakang kira . Biarlah jiran tak dapat tidur sekalipung -,- haha .
 Video kompilasi lagu hindustan turut menjanjikan malam yang ceria . Btw korang , lirik lagu versi Melayu aku tu dah siap , haha . Filem Kuch-kuch Ho Ta Hei is the best , kan ?  Dan Shah Rukh Khan sekali , haha .

'Bollowww'  sikit . Hhaa :D


Di samping dapat menimba pengalaman , bak kata bijak bestari " Jauh perjalanan , luas pemandangan. " , kita juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim dalam kalangan masyarakat . Grrr , siapa nak dengar ayat SPM kau , syahira ? Okay , fineeee -,-


Sebagai deduktif , aku ingin simpulkan kenangan kita yang ini antara yang terbaik sepanjang kita berkawan . Dua hari lagi menjelangnya tahun baru 2012 . Mungkin ini menjadi peristiwa penutup yang paling manis buat aku di  2011 .  2012 pasti membuka lembaran baru bagi kita , namun ingatan yang tercipta harap dipahat bukan semata-mata di ingatan , tetapi juga di hati kita