Sunday 1 January 2012

Kembali bermula .



Maaf . Aku agak terlewat di saat semua orang sudah selesai membuat entry ucapan tahun baru . 

Andai diberi peluang untuk kembali semula ke masa lalu , sanggupkah ? Andai diberi peluang kembali ke masa lalu untuk memperbaiki kesilapan dahulu , aku mahu . Untuk memenuhi segala kesempatan yang pernah di tidakhirau kan juga , aku mahu . Aku mahu kembali , mengamati semula di mana segala peristiwa tercipta , merakam sebuah memori yang kini terabadi menjadi sejarah . Saat dimana aku tersenyum dan ketawa , saat di mana pernah mengalirkan airmata , saat di kala aku gelisah dan teruja , juga saat-saat yang mungkin aku terlepas pandang dan datang tanpa aku duga . Ingin sekali aku ulangi saat -saat itu , untuk 2012 ini . Terlalu bererti 2011 mahupun tahun-tahun dahulunya buat aku , tahun-tahun dimana aku masih bergelar pelajar sekolah dan budak-tak-cukup-umur as well . Kini , 2012 , menghampiri 18 tahun , di mana usia yang bertambah tidak menjamin kebebasan sama sekali . Sebaliknya , kematangan menghadapi dunia yang bagi aku baru sahaja bermula . Mungkin bermula satu penempuhan hidup yang baharu . Kesanggupan berdepan dengan cabaran yang bakal menghujani perjalanan . Sepanjang tahun ini , bila difikirkan semula , setakat apa saja yang kita sudah capai ? Setakat mana saja yang kita sudah lalui ? Jika pencapaian kamu memuaskan hati , tahniah . Kerna untuk aku , masih banyak lagi . 


Selamat maju jaya buat kamu semua di 2012 :)