Friday 23 March 2012

Lakaran gembira .



Perkara pokok yang aku mahu perkatakan buat rakan - rakan ; TAHNIAH .

Aku yang khuatir bakal tersungkur pada saat semua melakar gembira , nampaknya masih bisa berdiri walau tidaklah sekukuh mana . Apa apa pun , resah yang melingkar hati sudah terjawab . Apa sahaja keputusan yang telah digenggam pada pagi kelmarin , percaya itulah rezeki yang Yang Maha Kuasa sudah tentukan . Dia lebih mengetahui apa yang terbaik mungkin buat diri kita semua . Ucap syukur pada-Nya , alhamdulillah . Alhamdulillah masih kurniakan aku dengan kurang - kurangnya sedikit jaya buat bekalan aku menghadap dunia pada hari esok .

Terima kasih buat ibu dan ayah , terima kasih cikgu - cikgu , terima kasih teman - teman  ,