Thursday, 8 March 2012

Tipikal .



Sangat tipikal manusia .

Sambil menunggu order makanan sampai ke kaki , salah seorang mula membuka mulut mengeluarkan suara , lantas pusing kanan pusing kiri , nampak line macam clear . Lalu segera memuntahkan cerita - cerita puaka .

" Aku bukan nak mengata ke apa , tapi aku rasa si A ni benci kat si B sebab masa si C gaduh dengan si D dulu , si B ni pergi cerita dengan si E , si E pulak cerita dekat si F . Si F ni kebetulan kawan dengan si A yang kawan dengan si C tu.... bla bla bla ."

Nampak ? Habis semua ABC keluar sampai Z . Cuba kira berapa makhluk dah dia sebut . Paling syurga , layan pulak mimik muka dia yang konon - konon tak sure dengan kebenaran cerita puaka tersebut , ala - ala innocent gitu , serba - salah dengan perkhabaran tersebut . Lakonan kayak minta feedback yang hangat daripada para pendengar . Kini , cerita puaka bertambah rancak .

Apa - apa pun , tahniah . Anda telah berjaya merasmikan sesi pembukaan untuk mengumpat ! Aku salute !



* mulut asyik membebel sebar puaka , makanan tak pernah habis .
 Hoi , aku boleh habis 5 pinggan lagi nasi goreng laa tunggu kau ! Erk , baik aku pergi solat lagi berkat .