Sunday 1 April 2012

Masuk April .


Hari ni memang hari Ahad . Sebab aku cuti kerja . Jeling kalender kat sebelah , 1 April dah ? 

Soal kerja tak usah dibicara . Pergi kerja balik kerja tiap - tiap hari , memang buat aku tak kenal dunia luar dah . Isu - isu semasa, terbaru kawan - kawan pun aku tak tahu apa benda . Cerita kat tivi entah dah berpuluh - puluh episod aku terlepas . Hari ni baru nak bukak facebook , entah macam - macam komen aku tertinggal. Belambak sampai tak larat nak baca . Bukak blogger , lagilah cerita korang dahlah semua panjang - panjang (haha) . Bukak pulak blog sendiri. 


Fuhh fuhh fuhh , berdebu . Sampai melekat dekat muka aku . 


Susah . Susah sekarang ni nak uptodate dengan segala macam perkara. Aku pulak jenis malas nak catch-up balik . Menyampah betul . Haihh , agak - agaknya bila aku patut berhenti kerja ? Aku rasa aku perlu bebas sebentar sebelum nak sambung belajar kat mana - mana . Tenangkan jiwa raga dulu . Patut kan ? Angguk , jangan geleng .

' Mentang - mentang gaji dah masuk , terus nak berhenti. ' , kata ibu .

Tiba - tiba tangan rasa gatal - gatal lah , macam nak belanja orang. Haha. Eh ? Tak tak . Kbai .