Saturday 28 April 2012

Ruang ini.



Rasa yang kelam. Rasa yang seakan kelam dengan begitu meriah. Sedang meriah diupacarakan. Tidak cukup dengan merasa, aku juga dapat melihat. Melihat ia sedang seronok-seronok. Terkadang kala, ia menangis teresak-esak. Penuh sedu-sedan. Apakah rasa yang sedang dirasa oleh rasa itu sendiri ? Aku kurang memahami. 

Ada ruang yang perlu diperbaiki lagi nampaknya. Tidak pulih sepenuhnya. Masih ada ruang-ruang kecil yang  perlu ditampal dengan secebis rasa seronok itu. Benar, ruang kecil itu juga butuhkan perpindahan. Perpindahan kekal dari sisa-sisa rasa dahulu yang masih sedang berbaki. Aku mengharapkan perpindahan yang hampir sempurna; yang aku tahu ianya adalah mustahil untuk kosong zero-zero seratus persen dengan perfect. Namun, aku tetap mahu mencuba kurang-kurangnya.

Moga-moga ruang ini dapat capai tahap bersih; pembersihan keping-keping yang pernah kelam ;
tepat di sini. Tidak mudah tapi tidak mustahil bukan ? Moga-moga.