Saturday 21 April 2012

Rejeksi.




Aku mengenali dia tidaklah lama mana. Dalam dua bulan rasanya, sejak aku mula kerja dekat situ.

Dia kelihatannya baik saja, cuma mungkin sedikit pemalu. Itu impresi pertama kali aku bertemu dia. Tidaklah jambu mana, tapi ada kacak lah juga (haha), dan sedikit smart terutama pabila mengenakan kemeja hitam atau putih mahupun pink (ewww sikit). Bukan apa, aku cuma suka bila tengok dia sinsingkan lengan baju dia hingga ke paras siku. Nampak smart dan cool gila bila lelaki buat macam tu (hikhiks) . Tu jea okay, tak lebih.

'Shaz. U?'
'Syira.'
'Awak 18? Kenapa muda sangat? haha'


'So what  kalau 18? ' - dalam hati aku (haha).


Ehem. Perkenalan kami taklah se-best mana, taklah se-sweet mana. Dia cuma tahu bajet cool. Aku pulak jual mahal gila. Haha taklah, gurau je.

Aku sama dia baik-baik saja sepanjang dua bulan ni. Tak sangka cepat masa berlalu saat dia beritahu aku, dia sudah mahu resign. Katanya, sudah lama dipikirkan, hanya menunggu waktu yang sesuai. Dia tanya aku, 'tidak mengapakah? ' ,
jawab aku ' kalau itu yang terbaik, tidak mengapalah. Mungkin peluang di tempat lain lebih cerah buat kamu.'  Sambil tersenyum dia membalas;  ' tak, maksud aku, tidak mengapakah buat kamu? '

Dan..  saat itu aku ketawa berdekah-dekah. Seperti mahu menyemburkan nasi yang dikunyah ke muka dia. Dia hanya tersenyum tawar. Kasihan sama dia punya kawan gila seperti aku.


Bukan niat aku mahu mentertawakan dia, cumanya aku mahu menamatkan konversasi itu 
sebelum keadaan bertukar kekok. Bai.