Thursday 17 May 2012

Permisi.


Dalam masa kurang dari seminggu lagi, aku bakal menamatkan pekerjaan sambilan aku. Aku bakal merindui mereka-mereka; abang-abang dan kakak-kakak di pejabat sana. Bakal rindu banget.

Dalam masa dua minggu lagi, aku bakal meninggalkan rumah tercinta pula. Ya, aku remaja yang terpaksa lari dari rumah. Bukan pergi kahwin lari dengan mat bangla, tapi nak pergi cari laki. Har har. Okay, tak kelakar. Saya nak pergi sambung belajar la, awak. Awak take care, ea?  Jangan nakal-nakal tau. Cisss, haha.


Ada perkara-perkara yang perlu aku akhirkan, ada yang bakal aku mulakan. Terlalu banyak perkara. Hendak memulakan sesuatu itu, sakit. Mahu mengakhirkannya pula, perit. Hati aku terasa berat. Berat sangat. Macam kena himpit dengan batu besar.

Memang betul lah kan. Bila dah start sayang,  susah nak tinggalkan. Apatah lagi nak lupa.


Ya, aku rasa aku bakalan nangis-nangisan esok. 
Semoga aku kuat.