Monday, 21 May 2012

Tak lupa.




18 May 2012 - Tropicana Bowling Centre.

Kan aku dah cakap, hari terakhir aku kerja (haha). Terima kasih buat semua. Terima kasih kepada semua team TGCR. Dari abang/pakcik driver van sampailah ke managing director bagai, semualah. 

Account Department - Mrs Chong, Kak Aini, Loh, Kak Fida, Kak Ida, Kak Ezy, Kak Ima, Kak Wani, Ekyn, Abang Zam, dan Tan. Terima kasih kak Fida sebab belanja makan banyak sangat. Terima kasih kak Ros sebab bagi hadiah bunga (haha). Terima kasih Loh sebab bagi chicken wing 12 ketul bawak balik rumah melantak sorang-sorang, haha. Terima kasih kak Wani dan Ekyn sebab bawak pergi main bowling. Sepatutnya bawak aku pergi main golf, silap-silap dapat jumpa dengan Tan Sri ke kan.. haha. Takpun, tolong kutip bola golf depan dia ke.. Oh, no no. Tak sanggup aku berterik berpanas kat situ. 

Aku rindu nak tengok meja aku yang bersepah. Rindu nak fotostat cek belambak-lambak. Rindu nak angkat telefon tak henti-henti. Rindu nak order nasi goreng dengan air sirap hari-hari dengan Ekyn. Rindu nak tunggu mamat hensem tu hantar buku. Rindu nak gosip pasal artis. Rindu nak kutuk bos dengan kak wani (haha).

Kerja; ada pahit ada manisnya. Senang cerita, ambil yang manis buang yang pahit. Biar aku ingat yang manis-manis je. Yang pahit kelat tu buang jauh-jauh sampai laut dalam. 

Aku jumpa kad purple atas meja aku tertulis 'Goodluck!'. Yeah, goodluck to you too.