Saturday, 2 June 2012

Khabarkan.


Angin sepoi, bawakan aku khabar yang gembira. Khabar tentang dia yang masih sedang bermain lagi di hati. Kurang-kurangnya sebelum aku mula menapakan diri dalam dunia hostel. Mengabdikan diri dengan kertas-kertas buku, untuk menggarap ilmu di situ.

Khuatir dalam jangka masa yang lewat, ia hampir hilang.
Bukan secara sengaja, mungkin tanpa sedar.

Khuatir walau sekuat mana bertahan, bilamasa ia bukan takdir untuk kita, ia tetap terlepas dari pegangan. Selagi mana aku kuat, aku genggam. Sampai sekarang.

Dia yang diatas sana yang berhak mengatur segala. Meletakkan kita dalam ruangan yang bagaimana dan bersama dengan siapa. Usaha aku ini, aku kepilkan juga bersama panjat-panjat doa dan lampiran tawakal.

Tidak salah rasanya, dalam setiap doaku kepada-Nya ada ku sebutkan kamu.