Saturday 2 June 2012

Teruskan, hidup.


Barusan sahaja menapak kaki di rumah petang semalam, esok aku sudah harus bersiap pergi kembali. Seminggu di sana, tak dapat aku nak luahkan dengan kata-kata mahupun karangkan dengan butir-butir abjad. Berganda-ganda perkara dan hal yang dilewati sepanjang minggu orientasi di sana.

Orientasi. Atau lebih glamour, Minggu Pengurusan Pelajar Baru (MPPB).

Siapa saja yang tidak pernah melalui orientasi ? Zaman kau masuk sekolah saat pertama kali dengan hingus meleleh tu. Zaman kau cecah alam remaja pakai kain biru dengan seluar hijau tua tu. Ada bukan ? Tapi tu semua zaman kanak-kanak ribena punya orientasi. Tak mencabar keperibadian langsung semua tu. Tak cool tak cool.

Semua tu tak cool selagi korang tak rasa penat yang amat sangat, selagi peluh tak berhenti mengalir macam air terjun tanpa henti, selagi kaki tak melecet ke hulu ke hilir dalam tempoh singkat, selagi tak turun berat badan untuk seminggu dan selagi tak kena tengking dengan kakak/abang fasilitator. 

Pagi-pagi buta jam 4 dah kena jerit suruh bangun. Mandi beratur ambik angka giliran sekali. Pakai tudung sama seminggu tak bergosok peduli apa kau senget sana senget sini berkedut tak berpin tajam macam ultraman busuk bau peluh meleleh, perghh. Tak cool gitu ? Soal makan, tidur tak payah nak cakap lah. 

Dah, cukup. Tak harus complain lebih-lebih. Bersyukur.

Ya, syukur. Aku belajar banyak berkenaan syukur sepanjang minggu ini di KMS. Kami diingatkan tiap kali tentang indahnya rasa syukur itu. Bagaimana hendak bersyukur sedangkan fikiran, mulut, hati kita hanya tahu merungut ? Ucap alhamdulillah kerna kita masih berjaya menjejak kaki ke situ. Mungkin rezeki memang tertulis di situ.

Apapun, aku ada juga merasa sedikit bahagianya. Walaupun penat, tapi seronok. Sebabnya itu semua adalah pengalaman; the best teacher. 

Mulai lusa, bermulanya kehidupan di peringkat yang baharu. Bakal menjalani liku-liku yang barangkali kian mencabar. Bakal terisi dengan segala macam hal yang harus diselesaikan tiap waktu. Fikir sahaja itu, aku kalut, takut. Khuatir aku goyah dengan suasana baru, teman-teman baru, persekitaran baru, macam-macam. 


Tolong aku Ya Rabb. Moga aku ada kekuatan mencapai empat mendatar itu.