Monday 13 August 2012

Tegur.



Tiba-tiba.

' Aku ada benda sikit nak cakap dengan kau. Aku rasa kau macam tak terurus lah.'


Melalui nada dia, aku tahu yang dia agak sedikit serius. Tak, dia memang kedengaran serius. Aku jadi senyap. Sedikit tersentap dengan apa yang baru dia luahkan. Kaku, spceehless bila ini kali pertama kawan lelaki tegur sedemikian. Rasa segan pun ada. Tak terurus ? Bunyi macam aku perempuan teruk je ? Dahi sengaja aku kerutkan, tanda kurang mengerti dan mahukan kepastian dari dia.


' Tak.. sejak-sejak ni kau selalu datang class lewat. Tengok macam tadi.. Aku bukan apa, aku lambat tak apa, aku dah biasa kena. '

Dia segera berpaling dan menundukkan muka ke lantai. Seolah-olah rasa bersalah dengan apa yang baru diluahkannya. Mungkin.

Dia berpaling kembali. Aku agak muka aku sedang masam mencuka waktu itu.


' Sorry, aku tak berniat. Aku sebagai kawan, aku just... ambil berat pasal kau. '

Habis sahaja ayatnya yang akhir, dia pergi macam tu je. Aku ditinggalkan tercangak-cangak. Tiada apa yang dapat aku respondkan selain senyum sendiri.