Saturday 1 September 2012

Pengubat luka.


'Never mind I'll find someone like you.
I wish nothing but the best for you,  too. '


Mungkin melihat dia, aku seakan melihat kamu. Tidak mustahil, aku akan jatuh sekali lagi sepertimana aku pernah jatuh terhadap kamu dulu. Ada jelas persamaan antara kamu dan dia, mungkin juga sekelumit perbedaan. Cumanya, dia lebih ramah terhadap aku berbanding kamu dulu. Dia lebih mudah menegur aku berbanding kamu dulu. Dia lebih senang meluahkan berbanding kamu dulu. Kamu dulu banyaknya diam dan memendam. Sama seperti aku. 

Malangnya, rasanya tetap sama. Tetap sama, dimana selalu saja buat aku keliru. Ah! Mungkin saja hati aku yang buntu. Buntu kerana sudah agak lama aku biarkan ruangnya kosong. Sengaja aku biarkan ia kekosongan, dengan harapan dapat mencuci segala serpih-serpih yang lalu dan menunggu ianya pulih dan bersih sebersih mungkin sehingga aku bersedia membukanya buat dia yang sebenar-benarnya.

Oh, aku bukan menyatakan aku sudah jatuh terhadap dia. Cuma, dia ibarat pengubat luka. Dia sedikit mengingatkan aku kepada kamu dulu. Aku mungkin tidak mahu mencari yang seperti kamu lagi. Walau dia cuba mendekati aku, aku akan cuba buat-buat tak tahu. Kerna aku tak mungkin mampu menjauhi dia kerana dia dekat dengan aku. Bukan seperti kamu, yang sudah lama jauh beribu batu. 


Aku tak tahu khabar terbaru kamu, tapi aku tahu kamu pasti baik-baik saja di luar sana.