Saturday 1 September 2012

Pertengahan Sem 1.


1) Setiap subjek, setiap chapter semakin hari semakin susah. Semakin kuat otak aku bekerja, semakin banyak rambut aku gugur, semakin hari-hari aku sapu rambut bawah katil aku. 

2) Masuk kuliah, daripada buat muka blur- kerut dahi- main main mata dengan mamat kat belakang- main game temple run sampai muntah, lebih baik terus tidur. 

3) Minggu ni je, dah hilang 2 biji pemadam, 1 batang pen biru, 3 set nota Chemistry. Oh dan, pensel lead kesayangan sejak form 2 aku patah sebab jatuh bawah kerusi dalam kuliah.

4) Mata aku hanya segar untuk subjek Mathematics dan Science Computer. Manakala Biology mencatat rekod tertinggi untuk aku tidur dan tak faham apa-apa.

5) Setiap kali kuliah Chemistry, bila lambat sikit mesti dapat seat paling depan. Budak laki mesti dah reserved seat belakang sebab ada WiFi boleh online. Ciss !

6) Budak laki bising sebab budak perempuan asyik tangkap gambar terutama masa dalam kuliah mahupun dimana jua.

7) Aku dah jadi 'supplier' gula-gula serta makanan ringan yang lain untuk didermakan kepada yang memerlukan bantuan mata ketika mengantuk dalam kelas.

8) Danny guna handphone Adah yang berwarna pink selama seminggu.

9) Fahmi jual Samsung Galaxy S2 dia semasa cuti hari raya dan kini menggunakan Nokia tercikai di pasaran yang boleh guna untuk mesej dan call sahaja. Lalu, dia menjadikan S2 aku seperti S2 dia. Siap buatkan password aku sama dengan dia punya dulu. Sedihlah dia ni haha.

10) Jiha sakit gatal-gatal masa cuti raya haritu. Sekarang dia mengalami kesukaran untuk menggaru di dalam kuliah mahupun kelas tutorial.

11) Minggu depan giliran aku no.9 untuk pengucapan awam. Test MUET Speaking lagi. Keputusan UPS lagi. FUHHHHHHHHHHHHHHHH ! 

12) Panggilan Syira adalah panggilan yang berada di ranking yang tertinggi. Kemana-mana pergi mesti ada orang panggil 'Syira, syira !' , dan aku tahu, itu bukan untuk aku.

13) Istilah 'Kbaii' dan 'godek-godek' menjadi semakin glamour dikalangan budak laki untuk membahan geng perempuan aku. Kfine -_-.

14) Jari dah penat menaip. So, kbai !