Sunday, 14 October 2012

Di kejauhan.



Banyak hal sebenarnya yang aku ingin kisahkan disini, tapi seperti biasa, waktu kini kian lekas meninggalkan aku. Sampai satu ketika, aku merasa waktu itu kejam. Kejam membunuh aku perlahan lahan tanpa sedar. Kurang-kurangnya, dia perlu beri aku sedikit ruang untuk aku menyedut udara dan menghembus semula dengan puas dan leganya. Mana itu semua ?


Tidak ada.


Aku makin semput dek nafas yang tersekat-sekat.


Kurang kurangnya, aku masih gagah berdiri. Terima kasih, Ya Allah.