Thursday, 8 November 2012

Si Pendorong.




" Permainan hidup, biasalah. Kadang-kadang macam kita main game. Makin lama kita hidup, makin susah. Dari level senang, ke level susah. Level makin menaik. Makin banyak benda-benda baru yang kita perlu tempuh. Makin banyak watak-watak jahat yang kita kena lawan. Kalau kita tak berjuang betul-betul, matilah kita kat tengah-tengah jalan. Kita kena survive sendiri, mana ada orang lain nak tolong kita. "


" Tapi dalam game, kalau kita mati pun dia bagi dua tiga nyawa lagi. Takpun, kita boleh restart game kembali keadaan asal. Macam mana dengan realiti ni ? Kita tak boleh patah balik. "


" Sebab tu kena survive sungguh-sungguh. Kalau dah tersalah langkah, jangan jadi bodoh kenang kesalahan yang lepas. Bangun, move on ke depan. Teruskan berjalan. Jangan biar diri terperangkap dalam situasi dulu."


" Kau mampu buat seperti apa yang kau cakapkan ? "


" Aku pernah cuba cuma... ah, aku tau kau mampu. ''



Terima kasih, wahai si pendorong semangat.  
Ni yang makin sayang nihh (: