Monday 24 December 2012

Pandangan depan.


Sepertinya terlalu lama sudah aku tidak menaip. Otak seolah-olah beku kata-kata, benar. 

Oh, ini Disember. Disember yang terlalu resah dan lelah buat aku. Setiap waktu harinya diisi padat dengan perihal-perihal duniawi yang tidak pernah mahu kalah, berdamping dengan aku. Aku menyangka Disember kali ini memberi senyuman manis buat kesekian kalinya, anggarannya seperti tidak sahaja ? Seakan menggambarkan musim dingin yang perjalanannya masih jauh samar-samar penuh liku-liku di pertengahannya.


2012.
Jalan ceritanya yang suka yang duka, yang bahagia yang celaka, yang terang yang kelam; hampir kesemua. Macam-macam rasa manis kelat pahit tawar. Semua aku telan; telan sukarela mahupun terpaksa.
Aku tiap kali cuba hadamkan yang ini; "hidup sekarang bukan macam sekolah lagi, ini hidup yang sebenar." Sampai bila mahu mendiami takuk yang lama ? Aku masih terperangkap sebenarnya.


Mujur masih ada hilai-hilai tawa yang menghiasi hari-hari dikeliling aku. Teman-teman disini yang menjadi penyenang hati aku. Mereka tidak pernah sunyi buat aku. Tidak pernah sepi.


Buat yang istimewa di hati, tiada lagi. Mungkin hanya meminati dalam hati, itu sudah mencukupi. Tiada siapa yang berani. Ada juga yang cuba mendekati, namun tidak cukup strategi barangkali. Next time, cuba lagi ? Hihihi. Okay, tu tipu jeeee. Melihat roommate sendiri menjalin kasih dengan classmate, itu banyak memberi pedoman. Eh bukan, pengajaran haha. Pengajaran iaitu berkasih dengan orang dekat adalah sangat sangat tak cool. Serius tak tipu. Tolong, minta jangan cari pasangan atau pacar yang satu kondisi sama kamu ya ? Cuba cari seorang yang berbeda aspek dari kamu, kan lebih menarik ? Kbai.


Kenapa tulisan aku kali ini macam bengong-bengong ? Maaf, otak lama tak cuci.



Disember, ucap selamat tinggal sekali lagi kepada Januari. 
Masa kamu tidak lama lagi.