Sunday, 3 February 2013

Matrikulasi #323

Assalammualaikum.



Di atas, half of my classmates. Mereka ini antara yang paling istimewa. Kami satu geng. Geng kepala gila. Yang paling bising, paling annoying, paling bajet glamour satu kuliah. Bila sebut je, budak 323, semua macam.. ''ohh, geng bajet hotsetapp yang suka snap pic dalam kuliah tu eh, yang ingat kuliah ni bapak diorang yang punya?''   Pergh. Mula-mula berasap jugak rasa macam nak hempuk muka diorang satu-satu je, tapi dah lama-lama, '' it's okay, kitorang dah biasa." Lantak pi lah diorang mahu cakap apa, tidak apa-apa, kami kan kebal.

Oh hai. Saya dah habis UPS. Oh, ujian pertengahan semester. So sekarang tinggal final exam yang hanya 3 bulan lagi. Lepas tu terus habis. Means, tinggalkan matriks. Sedih pulak. Tsk tsk tsk.

Kan aku dah cakap, hidup dekat matrikulasi ni sekejap je. Setahun tu tak lama mana pun. Kira-kira hitung-hitung balik, tak sampai setahun pun sebenarnya. So, kepada korang-korang yang lepas SPM , yang terigin nak masuk matriks, jangan risau. Sebab sekejap je. Nama pun jalan pintas ke degree kan. Tapi make sure, dapatkan program yang untuk setahun lah. Bukan dua tahun punya. Hee.


Tapi siapa cakap matriks senang ? Dan siapa pulak cakap matriks tu susah gila ? Tak. Sebenarnya tak adalah senang sangat, tak adalah susah sangat. Kuncinya, kena rajin dan kena ada semangat yang jitu sikit. Kalau korang jenis yang pemalas yang amat, kirim salam lah kalau nak dapat pointer tinggi kat matriks. Sebab matriks ni senang cerita macam sekolah lagi, bezanya kita boleh pakai cantikcantik, hensemhensem tiap-tiap hari. Jadual dia agak padat. Start class jam 8 pagi habis jam 5 petang. Bukan macam dah dekat U yuoolllsssss.

Subject di matriks, sebenarnya senang kalau korang kuasai subject SPM dengan sangat berkuasanya. Betul, tak tipu. Senang cerita, sukatan SPM adalah benda asas bagi matriks. Untuk subject Maths, study betul-betul Add Maths kat sekolah. Benda-benda leceh macam differentiate, integrate bagai tu semua, kiraan basic yang korang kena pro. Macam mana korang benci pun, kena hadap jugak semua tu balik. Untuk yang nak aliran sains, ketahuilah bahawa subjek Chemistry adalah subjek wajib. So enjoylah dengan Chemistry !

Kenapa tiba-tiba aku cerita semua benda ni entah ? Saja buat pengetahuan korang-korang yang lepas SPM tu ke. Manalah tau nak masuk matriks pulak lepas ni, tiba-tiba tersesat pulak kat blog aku ni haaa. Bolehlah baca-baca buat santapan minda yang kosong. Eh tak, minda yang padat tu haaa.

Sampai sini je kot. Aku cuti seminggu ni. Nanti-nanti aku cerita lagi. Kalau rajin laa. Kbai.


Ah, okay. Kau kan tinggi, aku kan pendek. Puas lah?