Friday, 1 February 2013

Define.



Definisikan 'bahagia' untuk aku. Boleh?

Aku tak minta bahagia yang mahal. Bahagia yang nilai berjuta-juta. Bahagia yang sering diangkat-angkat, disanjung-sanjung. Bahagia yang terkejar-kejar, dikejar-kejar sehingga dikekang waktu, dikongkong manusia yang bermuka-muka. Bahagia yang mengasyik-asyikkan sesuatu sehingga hilang jejak sendiri di muka bumi. Akhinya, hilang. Tenggelam.

Semua itu tidak lama.
Senang-senang berdamping, senang-senang meninggalkan.

Cuma, mahunya aku ; bahagia yang murah. Tidak apa-apa biarpun murah pada pandangan manusia, asalkan kekal di sudut hati sehingga menjadi mahal tidak bisa diganti.