Monday 25 March 2013

Dari dalam.



" Dia yang ada derita di dalam,
namun berupaya menyimpul senyum di luar. "


Bagi aku, lebih mudah sembunyi duka berbanding suka.
Mungkin saja aku orang yang malas berbicara berkenaan duka aku.
Mungkin saja aku mahu persekitaran mengabaikan keberadaan aku.
Atau apa sajalah.

Dalam kebanyakan hal, aku lebih senang bersendiri.
Bahagia aku, sakit aku, biar aku rasa sendiri,
Masalah aku biar aku yang bebani.

Bukan aku pentingkan diri, bukan aku lupakan teman mahupun keluarga,
Cuma..begitulah.