Friday, 1 March 2013

Ikat


Perempuan ini sensitiviti nya tinggi.

Kau tanya " dah makan ?" je pun, dia rasa kau ambil berat pasal dia. Kau tegur tudung dia harini tak cantik, dia sanggup balik tukar tudung lain. Kau tolong pegangkan barang dia, dia rasa kau sanggup buat apa saja untuk dia. Kau senyum dekat dia sekilas, konfem dalam hati dia penuh bunga-bunga. Semua benda-benda remeh-temeh yang kau anggap biasa-biasa, pada perempuan, dia anggap besar. Kau jangan sekali-kali cuba ikat dia, khuatir sekali dia terikat dengan kau, dia takkan lepaskan.

Kau yang laki-laki, pernah kau tahu semua ni ?


Andai kau sudah sedia tahu, maka jangan buat sembarangan. Bimbang ada perempuan yang akan kau sakiti.