Tuesday 30 April 2013

Kisah kita berakhir di hujung April | KMS.

" Di sini jua memori tercipta,
walau seketika terjalin kasih kita,
mungkin di sini kita kan terpisah,
kenangan bersama,
tiada ku lupa.

Yang terpahit jua termanis 
semuanya bagiku terindah,
ku ingati buat selama-lamanya. "

----------------------------------------------------------


( 29/4/2013 | Khamis | 3.30 petang | Selesai paper Chemistry )

Perpisahan. Ah, aku tak akan pernah sukakan perpisahan. Memang betul lah orang kata tu kan;
 'setiap pertemuan pasti temui perpisahan'.Yelah, betullah tu. Jadi, aku terima je. Hadamkan jugak kata-kata keramat tu. Tanggung sahajalah pedihnya. 

Mustahil lah kan kalau perempuan berhati lembut macam aku ni tak jatuhkan airmata saat-saat sayu nak berpisah masa tu. Sekali dah jatuh, berkolah- kolah lah tumpah. Mujur sahaja KMS tak dilaporkan banjir.


Korang-korang, cuma satu pesan aku, tolong jangan lost contact. Jangan lupa aku dan nak kahwin nanti tolong jemput. Yelah, habis matriks ni kan semua dah boleh kahwin huahuahua. Ingat semua kenangan kita pahit manis gelak tawa sindir menyindir umpat mengumpat kata mengata errrrr. 


Di bawah, boleh kira gambar kelas la kot sebab semua orang ada. Hee.



REPRESENTING --- " 323 "



Akhir kata, Kolej Matrikulasi Selangor di hati <3 
Yang ikhlas; kami selaku batch Alang KMS.
The end.