Sunday 19 May 2013

Berhati-hati.


Aku mahu taruhkan setiap hati yang luka ke dalam tanganMu.
Pulihkan atau hancurkan lalu bentukkanlah yang baru.
Itu terpulanglah; mana-mana yang terbaik.

Nak buat macam mana, hati rapuh memang macam ni.
Bukan rapuh, cuma ia sedang berganjak dewasa.
Naif.
Sikit-sikit luka, terguris sikit calar,
terhiris sikit robek, tersentap sikit kecai.

Kalaulah ia boleh diganti-- buat spare.
Ganti hati plastik.
Plastik, materialnya tak mudah rapuh kan?
Kau tarik-tarik, kau carik-carik.

Masih kenyal kan? Mungkin.



Takpun, tunggu saja ia dewasa.
Tengok peralihannya.

Aku akan pastikan ianya lebih kuat, lebih kebal, lebih bersedia.
Untuk segala macam hal-hal yang mendatang kelak.
Matang; kenyal.

Kalau ada yang tarik sampai putus jugak,
itu lain cerita.

Cerita dia, dia memang berniat nak punahkan hati si insan.
Dan tanpa rasa sesal, dia pijak-pijak.
Lenyek-lenyekkan sampai lumat.



Jauh di satu sudut, dia renung kau sambil senyum puas.
Sedarlah weiii.