Thursday 9 May 2013

Longlai.

Aku rasa aku hilang.
Tapi tidak mengapa, aku sudah muncul ni.
Hee.

Lagu-lagu berentak perlahan menemani aku malam ini.
Sudah tengah malam masuk ke pagi nampaknya.

Di sisiku ada Nescefe, juga peneman baru aku.
Minum seteguk, bau dan rasanya melekat dalam rongga hidung dan mulut.
Ahhhh, pasti subuh aku nanti pusing.

Membaca tulisan-tulisan orang lain di blog.
Sudah sekian lama rasanya.
Sekarang baru ada senggang untuk semua penulisan yang sentiasa menjadi kesukaan.

Sambil berbalas WhatsApp dengan sang monyet gila.
Sengaja buat cari pasal, cakap jelah rindu.
Har har har.



Apa yang aku mahu sebenarnya malam ni?
Hilang.

Nampaknya, aku sedang membazirkan waktu tidur.