Sunday 9 June 2013

Aku ada.


Alhamdulillah Ya Rabb.

Tapi.
Airmata tiba-tiba turun harga.
Yang paling murah.
Apatah lagi mendengar suara dia.
lagi mencurah-murah.

Jika sebelum ini, aku hanya kalah dengan seorang.
Itu ibu.
Paling tak boleh menang kalau nak pendam rasa dengan dia.
Dengan ibu, aku jadi looser.
Meraung, berteriaklah kau saat dengar saja suaranya.
Paling luruh jiwa.

Kalau ada pun, lama dahulu.
Itu dengan teman-teman rapat aku semasa masih di tingkatan.
menangis dengan paling buruk rupa.
Kelakar juga bila dikenang.

Takpun dengan minah-minah 323.
teresak-esak tonton cerita pendek sedih pasal seorang ayah.
paling baru, masa nak berpisah
keluar kolej bawa haluan masing-masing.

Bagi aku, itu tangis yang berbaloi.
Kita mungkin lebih senang mengingat seseorang itu.
jika pernah meluah tangis bersama-sama.
tak kira tangis dalam suka, atau tangis yang memang dalam tangis.


Tapi kau.

Apa hak kau nak buat aku kalah?
Kau bukannya siapa-siapa.
Aku jadi malu.
Sebab jadi looser dengan kau.

Aku bukan nak tunjuk lemah depan kau.
Cuma.
kau bikin aku jadi sebak.
Bila suara garau kau turut berubah, aku juga seakan terbawa.

Mana orang yang kuat dulu ?
mana orang yang berani tegur salah aku dulu ?
mana orang yang banyak  bebel jadi motivator aku dulu ?
mana mana ?

Kau panas baran, aku tahu.
Jangan ikutkan sangat panas kau.
semua orang ada masalah; kau, aku, dia.
aku bukan motivator yang baik, tapi aku boleh dengar.
Dan aku sanggup mendengar.

Takde apa yang dapat aku korbankan.
selain aku ada.
Luahlah selagi mana kau rasa aku ada.