Thursday 13 June 2013

Flashback.


Tiba-tiba terbelek gambar lama ni.
Tak pasti aku dah pernah buat entri guna gambar ni ke belum.
Yang pasti, aku rindu yang ini.

Yang hari-hari kena pakai baju sekolah.
Tudung labuh, baju putih, kain biru, kasut putih.
Beg galas.

Bila muncul hari Rabu,
kami paling suka. Sebab dalam kepala , " Esok takyah gosok baju".
satu geng pakai baju kadet bomba --tudung hitam.
Cikgu masuk je kelas nampak dah sinar belang-belangnya.

Sampai waktu rehat,
satu geng beratur panjang cuma nak beli makanan yang sama.
Selalunya orang yang paling depan yang akan order jerit kuat-kuat sambil lambai-lambai tangan kat acik tu supaya tak terlepas pandang kitaorang ni haa.

" Acikkkkkk, nasi lemak tujuhhhh bungkusssssss !! "

Makan dengan lahap pulak tu.
Biasanya tudung dengan lengan baju yang jadi mangsa, penuh sambal.
Tak cukup dengan nasi lemak,
beli pulak kuih lain takpun keropok lekor.
Pencuci molot lah katakan.

Bila nak masuk kelas, rata-rata tayang gigi masing-masing sambil,
" weh, ada cili tak? "

Akibat makan nasi lemak cili besar-besar.
K yang tu propa haha.

Then, toilet time!
Ramai-ramai serbu toilet yang maha dekat dengan kelas.
Ada setengah tak buang hajat pun.
Masuk, ngadap cermin, jenguk-jenguk kawan dalam toilet -- keluar.
Senang cerita, tandas memang kena pergi setiap hari
walaupun takde hal.

Tabiat.

Teringat pulak roti sardin acik kantin dulu.
Pergh sedap. Hari-hari aku beli rasanya.
Tak sempat waktu rehat, waktu nak balik sekolah pun sempat.
Mengunyah tengah jalan.
Tengah jalan tu, berhenti pulak lagi.
Sebab ada acik yang jual cekedis, air dengan pelbagai jenis nugget dengan keropok kat depan jejantas.

Melantak lagi.

Haih, kanak-kanak sungguh muahahahahaha.

Rindu weh rindu.