Saturday 20 July 2013

Ketemuan.


Selesai subuh tadi, aku cuba lelap mata.
tapi nampaknya tak berjaya lalu,
aku buka komputer riba biruku lalu,
cucuh broadband ke komputer riba sehingga bernyala biru kecil lalu,

connected.

Cepat-cepat aku terjah ke laman mukabuku biru putih itu,
melihat peti pesanan yang ditinggalkan rakan buat aku.
Aku dapat menghidu bau kerinduan dalam mesej-mesej tersebut.

oh I miss you too, my gangs 323.


Scrolling news feed.
ada seorang kawan aku ni baru friends dengan seorang yang aku baca nama dia berkali-kali, 
sebab macam kenal.
Gerak cursor aku kat nama dia so automatik keluar di tetingkap, gambar profile dia.

click.


Ya Allah, dia ni !
Memang kenal dia. Bertahun dah tak pernah jumpa sejak dia pindah sekolah masa sekolah rendah dulu.
Okaylah I tell you, dia lelaki.
Haha so whatt- eksaited okay jumpa budak laki yang kita kawan masa kecik-kecik dulu kehulu kehilir sesama sesat kelas semua sesama beratur makan sesama kena marah sesama- wah aku emosi okay terkenang semua tu haha okay dah. 

So. Aku pun eksaited terlebih.
Apa lagi, belek-belek semua photos dia hahahaha teruk k.
Nasib pun agak baik sebab dia tak private sangat semua tu heheheh k syahira k.

Hmm sebenarmya bukanlah apa.
Cuma aku gembira dapat jejak dia balik lepas hampir 8 ke 9 ke 10 tahun entah.
Budak kecik yang comel-comel muka macam jambu sikit, sekarang dah kacak dan nampak matang.
dan bila baca status-status dia, I can say alhamdulillah, he's on the right track dalam beragama.

Hati aku pulak yang terasa sejuk sekarang ni apesal weh.


Nak dikenang cerita dulu, aku taklah ingat sangat.
yang paling terkesan dalam hati, bila aku dengan dia sama-sama kena marah dalam kelas dulu.
Sebab main baling-baling penselbox kartun aku yang macam anak patung ada zip dekat belakang badan tu hahaha.
Masa periksa dalam kelas, dia pernah tiru kertas matematik aku sebab kitaorang duduk depan-depan.
Lepas tu, masa rehat dia belanja aku makan mee goreng yang dulunya 50 sen je kot!
ada jugak sama-sama jadi leader nyanyi lagu jalur gemilang masa persembahan sekolah dulu.

Woahh, bila pikir balik, tak ke romantik kitaorang dulu ? hahaha.


Memang belajar ketika masih budak-budak paling seronok.
sebab tak pikir sangat kau kawan dengan siapa.
lelaki ke perempuan ke masih boleh main kejar-kejar dekat kantin sekolah.
pukul-pukul, tarik-tarik rambut, ejek-ejek nama ayah antara aktiviti paling top masa tu.
--

Stalk profile lelaki lama-lama pun tak baik kan.
jadi aku pulang ke Home semula.

Tahu apa yang aku tertinggal?
untuk klik butang "Add Friends" dia.

Dan yang sebenarnya aku sengaja untuk tidak klik.
sebab aku jenis yang lebih suka memandang dari jauh.
Secara senyap.

Kira-kira lebih afdal kot untuk aku ?