Friday 19 July 2013

Kesal.


Kadang-kadang ada benda yang kita rasa kita tak boleh nak terima.
susah nak pujuk hati, nak waraskan akal untuk benar-benar menerima.
kalau ikutkan hati, memang senang-senang je dah benci.
tapi apa guna adanya akal kalau ikutkan hati semata-mata ?

Dari situ timbul segala tanya.
Kenapa. Bagaimana? 

Bila datang susah sikit, semua benda kita rasa kelat.
nak telan bulat-bulat satu-satu bukan perkara senang.
bila sampai pengetahuan masyarakat,
paling-paling pun mereka boleh luahkan apa selain " sabar-ini takdir-redha. "

Ya. Itu semua manusia tahu,
terima kasih.


Pernah rasa terpaksa terima sesuatu kenyataan ?
satu realiti yang kau tak pernah sangka nak hadap.
masa tu sumpah seranah dah tak boleh pakai,
jerit pekik tak termampu kau lolongkan,
cuma waktu itu,
kau hanya sedar yang kolam mata kau dah pecah.

Mungkin takungan airnya kau sudah pernah kumpul dulu,
dan sekarang tiba masa ia pecah dek kerana terlampau sarat.



Saat itu tiada yang akan mendengarkan kau,
kecuali Yang Satu itu.