Tuesday 31 May 2011

HUJUNG JARI

assalammualaikum , first of all. :)

yeah. dengan senang hati tutup buku addmath , setelah penat mengkaji tajuk trigonometry yang baru sahaja minggu lepas belajar di tuisyen . aduh! terasa masih terkapai-kapai mencari hala tuju , membulatkan biji mata menyemak formula sambil memerah bahagian cerebrum dengan harapan akan dapatlah jawapan! dan memekik meminta tolong jika ada yang sudi membantu ? erk. aku merapu. 

buku ditutup. setelah itu ? apa lagi, internet lah yang dituju. yeah. engkau sudah cukup berjaya, wahai pencipta internet yang bukan sahaja bijaksana , malahan bijaksana , sini , situ dan di mana-mana jelah. ada aku kesah kau kat mana pun ? erk. aku tahu sebab bukan aku sorang je budak sekolah yang macam tuh. berbillion lagi yang mewarisi bakat-bakat semulajadi ni , seantero dunia lagi. wah. nampak macam dahsyat , bukan ? 

HAHA. ok, no point pun gelak tu. 

connect. rutin harian , mestilah jumpa dengan encik Guugel dulu. tak sah kalau tak jumpa ahli terhormat laman sesawang neh en. erk. log in  fesbuk. urghh ! boring. takde apa yang dapat menarik aku duduk dalam laman kegilaan manusia tu sampai berjam-berjam. baca status orang, stalk gambar orang , erkk , then balas comment orang. hmm , honestly , lama-lama boleh jadi sangat bosan okay ? this is based on my opinion la , lain orang lain rasa lain pandangan lain pendapat , bukan ? 


haha, expectations memang gilaa :D


okeh, dah bosan fesbuk , aku takkan mudah berputus-asa meninggalkan internet ! laman sosial blogger pula diterjah. ahah ! baca cerita orang memang best. stalk blog orang pun best. haha. hey, adakah anda tahu, dengan membaca , anda dapat release tension anda ? macam tak pernah dengar kan ? ehem, betul lah tu. sebab aku tipu. hihi. oke, itu tak kelakar oke. dan tak comel. erkk. 

tapi betul lah. aku suka baca blog orang lain-lain. maksud aku , dah macam macam jenis manusia aku tengok. itu pun melalui blog diorang lah. bukan apa, suka baca kisah hidup orang. yelah, lain orang, lain kisah hidup dia. ada orang yang blogging, cerita semua rutin harian dia dari pagi sampai malam, i mean , apa yang dia buat hari-hari. btw, tak penat ke ea? erk.  ada orang pulak, suka luahkan perasaan dia , dia tengah marah ke, tengah gembira ke, tengah sedih ker , baru lepas putus cinta ker..  dan macam2 jenis perasaan lagi. tak hairanlah sebab orang kata blog memang tempat luah perasaan kan ? erk. 



ada jugak blog yang memang khas untuk mencaci dan memaki. wahh. naik tegang urat saraf aku baca . adoyay. wujud lagi manusia2 seperti ini ye ?  berbeza pula dengan blog yang berunsurkan keilmuan dan ketuhanan. hmm , sejuk hati bukan kalau baca ? dan sebenarnya... (macam lagu yuna ek ) macam-macam jenis lagi manusia yang berblogging neh. dulu aku pernahlah jugak condemn  blog orang neh macam tu lah  dan macam neh lah, tapi bila pikir balik , lantaklah dia, sebab itu blog dia, bukan blog kau pun. 

aiseh. what's the point aku cerita pasal blog pulak ? erk. 

alaa, aku rasa buat entri neh pun dah berjam-jam ( aku tipu) dok hadap laptop neh. neh tak habis lagi nak  cerita , " lepas aku bosan blogging, aku tumblr-ing pulak! ". haha. kalau bab tumblr ,aku suka. sebab reblog pictures je pun ? tapi sekarang cepat bosan. haih. bosan lagi. apa yang kau tak bosan ? anyway, credit for tumblr sebab almost gambar yang aku letak kat blog ne pun, semuanya dari tumblr. terima kasih yaw !

oh, aku dah takde masa ( actually malas ) , kalau nak cerita semua pasal internet. tak masuk lagi bab 'youtube ', vlog , skype , dan macam macam macam macam macam laaaagiiiiiii lahhhhh ! kita pikir sendighi okay :D


P/S : dunia kan di hujung jari anda. anda nak pergi mana ? pusingkan sahaja jari anda. ha, kan dah sampai. erk. maksud kau ?