Monday 21 November 2011

Bola sepak Sukan SEA 2011 | Tahniah Malaysia !

Assalammualaikum. Hari ni aku dapat online sebab hari ni cuti. Sebab kan bola menang semalam , so cuti lah. Pfftt. Tipu. Mana ada cuti. Cuti sekolah pun belum lagi. Saya cuti exam laa , awak. Erk. Alhamdulillah , 5 paper dah lepas , tinggal 5 paper lagi. Mulai esok , semua paper 'killer', pembunuh bersiri . AddMaths esok , please be nice to me yarh.

 Apa apa pun , aku update di pagi yang hening lagi mendamaikan ini bukanlah untuk menceritakan kesusahan dan perumitan kertas peperiksaan yang aku alami, sebaliknya hendak berkongsi kegembiraan yang sudah pasti turut dirasai oleh semua manusia di atas muka bumi ini yang bergelar rakyat Malaysia. Dekat facebook , merata -rata update pasal bola. Oke, aku 'like' jer.  Bukak pulak blog , haih , sama jugek . Pun bola . Tapi takpe , aku suka baca sebab nampak ye disitu semangat rakyat Malaysia yang amat menyokong skuad bola negara kita untuk merebut emas yang ke-59 daripada tuan rumah sendiri , Indonesia.

Semangat untuk Malaysia menang semalam memang memuncak. Duduk depan TV jerit-jerit . Macam lah diorang dengar . Bagi arahan sana-sini membebel. Macam aku pulak Ong Kim Swee . Muahaha . Oke, tak lawak. Sebab perlawanan semalam memang best. Rasa macam sengit sangat. Secara jujur , aku rasa dua-dua negara dah bagus. Dua-dua ada harapan untuk menang. Cuma terpulang kepada rezeki. Dan Alhamdulillah , rezeki akhirnya berpihak kepada Malaysia melalui sepakan penalti setelah terikat 1-1 dengan Indonesia.



Tahniah buat semua pemain Malaysia ! Terutama yang banyak bertungkus-lumus (bagi aku) semalam iaitu Mohd Asraruddin Putra , Baddrol Bakhtiar ( byak kali kot berguling kene sepak ) , Ahmad Fakri Saarani ( walaupun dia banyak buat hal) , dan of course penjaga gol kesayangan Malaysia , Khairul Fahmi Che Mat . Terima kasih buat anda semua .



P/ S : Mesti pemain kita penat sangat . Takpe, penat berbaloi. Dan berbaloi jugak  aku korbankan masa untuk study AddMaths semalam . Hewhew.