Sunday 5 February 2012

Salam .


Sambil mendengar lagu Rasulullah oleh Hijjaz . Sambil menonton cerekarama sempena maulidur Rasul di TV . Bertarikhkan 12 Rabiulawal 1433 , aku ucapkan salam Maulidur Rasul buat semua ya . Moga tidak terlalu lewat . 



Maksudnya : “Demi sesungguhnya, adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik, iaitu bagi orang yang sentiasa mengharapkan (keredaan) Allah dan (balasan baik) hari akhirat, serta ia pula menyebut dan mengingati Allah banyak-banyak (dalam masa susah dan senang)” (Surah Al-Ahzab ayat 21)


Sejauh mana kita mengamalkan sunnah Rasulullah itu sendiri dalam perilaku seharian kita ? Sentiasa rindukah kita kepada Baginda ? Bagaimana pula dengan cinta terhadap Baginda ? Sentiasa kah kita ?
Tenung - tenung kembali kehidupan . Masya-Allah . Nampaknya masih banyak yang belum dilengkapi dan patutnya cuba - cuba melakukan perubahan biarpun berdikit - dikit .

Selawat junjungan keatas Baginda .