Saturday 1 September 2012

Mohon ya.

Di laman muka biru itu. Satu wall post dari rakan baik dibuka. Hmm, rasa tersentap sedikit. Sedikit lah. Ayatnya kurang menyenangkan aku. Seperti perli ? Atau apa ? Yang pasti kawan, aku tak suka.

Ya, disini (blog) aku memang tulis sesuka hati. Ruang ini seperti sudah menjadi sebahagian dari hidup aku. Apa yang aku tuliskan sehari-hari, itu adalah aku. Apa yang aku luah dan kongsi juga adalah aku. Tak kurang juga hal-hal yang pernah aku pendam turut aku hamparkan disini. Jujur, aku tak mengharap sebarang komen atau ulasan mengenai entri-entri aku. Kalau kau sudah baca, sudah. Tak perlu dibicarakan mahupun persoalkan apa yang aku tulis disini. 

Bukan niat aku mahu mencanang-canangkan segala macam onak-duri yang pernah aku tempuh, segala jenis kebahagiaan yang sedang aku kecapi kini, segala bagai puisi emosional kisah luka aku yang lampau, macam-macam lagi. Aku menulis buat simpanan sendiri. Yang lain, itu sekadar berkongsi. Minta maaf, tapi kiranya kau tak mahu baca, maka tak perlu. Aku tak memaksa selama ini pun. Kalau mahu terus membaca, aku lagi suka. Seandainya kau sedang membaca ini, aku harap kau mengerti.



Aku doakan yang terbaik jua untuk kau, sahabat.